Tuesday, February 1, 2011

KETENTUAN ALLAH

Alhamdulillah kerana aku dihidupkan dan diberi udara untuk terus bernafas lagi sampai ari ni...sebagai ibu aku rasa amat kehilangan anak2 ku bile mereka meningkat dewasa, my daughter and my elders son especially...sebenarnya aku x tau apa nk tulis biler terkenang ank2 aku jadi sensitif, sedih, rasa terbuang dan macam tapi ALLAH telah menjanjikan semua ini untuk aku harungi yang aku sendiri tak tau apa hikmah disebalik semua ujian NYA...YA ALLAH setiap solat dan sujud ku padaMU YA ALLAH aku memohon keredhaanMu, rahmatMU,hidayahMU agar aku lebih tenang menjalani perjalanan diduniaMU ini...kasihsayangMU YA ALLAH menjadi aku terus bersujud mensyukuri nikmatMU yang KAU beri padaku YA ALLAH...

INI KETENTUANNYA...AMIN AKU REDHA YA ALLAH....

Dari kecik aku tidak pernah menerima keluarga bahagia sehinggala kini, perceraian membuat aku hilang hak penjagaan tapi aku gagahkan juga mencari damai diantara kehancuran, walaupun aku tidak pernah jumpa kebahagian sebenar sekurang2nya aku masih mampu membahagiakan anak2 ku, atau MUNGKIN juga aku gagal membahagiakan mereka..that y she left me and stay with their own fren....susah ker untuk memahami parents? entahlah bagi aku mak adalah segala-galanya walaupun dari kecik aku tak pasti macam maner rasa mak sayang kat kiter, kerana aku duk ngan nenek, tidak pernah disayangi oleh sape2 pun...nak kata bapak menyayangi aku mmg tidak la, kami adik beradik seingat aku hidup dalam dunia masing2...aku tidak pernah punya barang baru kerana aku tidak punya duit bahkan baju sekolah atau duit belanja jauh sekali...duniaku penuh dgn kesedihan akibat dari perpecahan keluarga dan kesempitan hidup ketika itu.

Kami terpisah oleh kesempitan...ketika itu aku tak pernah amik pusing apa nak jadi pada aku dewasa kelak, aku melangkah kehidupan aku sendiri berbekalkan kekuatan mental alhamdulillah ALLAH sentiasa menjaga aku dari tersesat...aku x pernah ingat bagaimana aku melalui dunia remaja ku ketika itu kerana aku dah padamkan segala ingatan itu...bagi aku ketika itu duniaku gelap tak bermakna langsung untuk menjadi kenangan untuk aku ceritakan pada anak2 aku, tak ada yang bahagian dan gembira. Aku mengharungi kedukaan sendiri sehingga aku melahirkan anak2ku...tidak pernah aku ceritakan pada sesiapa pun....aku tidak pernah rasa bahagia dialam perkahwinan ku tapi demi anak2 aku cari kekuatan didalam tubuh ketiga2 anak2 ku....will continue k....

No comments:

Post a Comment