Wednesday, September 22, 2010
Mencari redha ALLAH
Monday, May 24, 2010
Sedih dan Gembira berlaku serentak......
Dah agak lama juga aku x menulis di laman ni, semalam 22 Mei 2010 akhirnya ayahku kembali ke rahmatullah, AL FATIHAH....berita itu aku adik beradik terima ketika kami sedang menyediakan catering majlis perkahwinan anak Tn Haji Majid seramai 7000 orang, tapi demi amanah yang telah diberikan kepada kami aku dan adik ku Lin terpaksa menahan segala kesedihan itu. Hampir 3 minggu ayahku terlantar di IJN dan koma serta critical...
Mungkin ALLAH telah menjanjikan sesuatu kepada kami adik beradik atas segala dugaan yang kami terima selama ini, ALHAMDULILLAH kerana memberi kan kami kekuatan ini....terlalu sebak untuk aku tulis semua ini tapi itu la kehidupan yang telah ALLAH janjikan...
"HARGAILAH IBU DAN AYAH KITA SEMASA MEREKA MASIH ADA, MEREKA LAH KASIH SAYANG YANG ALLAH JANJIKAN"
Sunday, May 2, 2010
Why I feel not good
Sunday, April 25, 2010
Work Hard for our new generation
Hah ni namernyer kacang masak pedal&hati pedas, sebenarnya banyak lagi gmbr2 menu tapi disebabkan nak dwonload lembab macam badak laut itu jer la yg dapat dipamerkan setakat ni, sok lusa aku akan letak gambar2 function aku bab web masih in progress, hah itu anak buah aku incharge....Walaupun aku rasa baru lagi tapi sokongan kawan-kawan menyebabkan aku jadi kuat untuk menjalankan bisnes ni, terlebih lagi sokongan dari family aku yang tak henti-henti menyebabkan aku bagitu seronok sekali. Akulah pembantu tetap mak untuk catering ini, mcm x percaya kan dari seorang pengurus kanan kewangan satu bidang yang jauh berbeza tetiba bukak bisnes catering pulak tapi disebabkan suka memasak akhirnya profesion aku berubah..tapi aku masih aktif dalam jual beli tanah dan hartanah yang lain, kiranya x jugak lah aku tinggalkan semua bidang tu sbb dah macam darah daging la bidang Hartanah ni.
InsyaALLAH dengan semangat yang ada dan sokongan dari orang-orang tersayang apa yang aku usahakan berjaya seperti yang kami harapkan. INSYAALLAH, ALLAH yang menentukan apa yang kita boleh buat jangan putus asa untuk berusaha.
Thank you for whom seen n visit my blog ya....
"KEGAGALAN AKAN MENAMBAH ILMU UNTUK KITA LEBIH BERJAYA"
Tuesday, April 20, 2010
Still working on new package
Still workout on the new package for wedding and occasion hope can be done soon. Busy looking with the best price for catering set, vip catering set...feel tired but fun la. This week busy with food testing for wedding and majlis kenduri for a few friends.
InsyaALLAH this will success and god knows what i'm doing.
'ALLAH sentiasa mengiringi dan memayungi kita, walaupun kita lalai maka itu ingatlah siapa yang selalu bersama kita...jangan terus lalai dengan kesenangan yang kita ada...ALLAH maha segala'
Sunday, April 18, 2010
Wednesday, April 14, 2010
Friday, April 9, 2010
Pengalaman mengajar kehidupan
Today appeared again in my blog, pening jugak nak cari package yang terbaik but itulah challenge to be a business person dan aku mesti kuat untuk menjadikan pramusaji terus berjalan walaupun kini hanya merangkak tapi aku pasti if i'm work hard insyaALLAH semuanya akan berjalan seperti biasa, aku masih mencari yang terbaik didalam yang terbaik untuk semua perkhidmatan yang kami tawarkan dan aku berazam akan memenuhi permintaan semua kawan2, saudara mara yang menggunakan khidmat catering aku ini. Aku akan mengeluarkan package yang sesuai untuk semua golongan.
Ari ini agak penat sikit tadi cari pinggan untuk catering ngan adik aku di plaza alam sentral kedai romantika tapi they didnt servis for caterer punya kemampuan, aduh nak cari penat ni.....tapi kene jugak la cari x kira la kat mana...klu saper-saper kat luar tu yang ada supply pinggan mangkuk tuk catering tolong la hubungi aku, tempahan mula mcm hujan ni dalam suka aku risau jugak lah bab aku sorang yang gerak tuk cari semua keperluan tak da pembantu ni, nasib baik la adik aku lin ada tolong sikit-sikit....banyak lagi kerja aku nak buat, baju waiter/s nak kene cari, kanopi set, harap aku larat tuk buat semua ni...
Need to go to my mum's house to discuss on the food testing malam sok, tuk wedding di dewan meru bln May nanti, nak tempah muffin, nak cari pinggan mangkuk tuk sewa for 4 caterer, penat wei tapi x pa la this is our family bisnes for us and our kids....biaq la aku mula kan semua tuk mereka dan mereka sambung bisnes ni dan aku akan pastikan bisnes ni akan berkembang. Berkat doa dan dorongan semua aku pasti PRAMUSAJI akan jadi seperti catering-catering yang pernah berkerja ngan aku, seperti Classic Caterer, Yeob Catering, Mubari khemah dan a few lagi caterer. Hah! mesti they are surprise when they know AIDA dh buka catering..
Ok lah aku nak chau dulu untuk hari ini....selamat mencuba ye !!!!!! Thank you everybody on your support especially my hunnybunny, whole family, niece n nephew, Eza, Zety and kawan2 di Meru Klang.
Sedikit renungan untuk semua pengunjung blog aku`Jangan lupakan DIA ketika kita senang, kerana DIA tidak pernah lupakan kita walaupun kita papa maka itu jalankan tanggungjawap kita sebagai seorang muslim"
Assalamualaikum semua.
Wednesday, April 7, 2010
Akhiran
Alhamdullilah jika inilah yang ditulis untuk kami bagi meneruskan usaha mak,biala aku yang memulakan dan aku akan membawa adik-beradikku untuk meneruskan perjuangan mak berperang dengan kuali dan senduk. Secara kecil-kecilan la kami mulakan dan InsyaALLAH dengan izinNYA nanti usaha kami akan menghasilkan buah dan manisnya dapat dikecapi oleh anak-anak kami khususnya. maybe I feel alone now when i'm doing from a-z, they have no experience at all in this world of bisnes they are teachers, tapi x pa la jika ini cara sumbangan aku untuk memberi sedikit keselesaan kepada semua ahli keluargaku terutamanya mak aku.
Sometimes I feel worried how if i'm failed or collapse,there is anyone can handle this? but I'll always put in my heart I have my nephew n niece which is can continue this till the end, I trust them they can make `Pramusaji Catering' setanding seperti mana-mana catering di luar sana jika mereka bersatu, INSYAALLAH kan. `PRAMUSAJI' adalah cadangan dari kakak sulungku Kak Mus, aku begitu tertarik atas nama itu dan setelah dibincangkan dan difikirkan aku mengambil keputusan untuk menggunakan word `PRAMUSAJI' ku tambah sikit ibunda kami disitu maka jadi la `PRAMUSAJI IBUNDA'. Kini kami sedang dalam usaha untuk membuat pasaran yang meluas di luar sana, disinilah kerjasama kami sekeluarga diperlukan dan kami jadikan ia satu kerja yang akan menjadi suasananya fun and I'll make sure our kids will remember this till end of world, inilah usaha all the mom's. Mak selalu berpesan kepada aku berniaga sambil bersedekah, jalankannya dengan jujur dan ikhlas. InsyaALLAH mak....
Kami menjamin setiap masakan yang kami sajikan akan menepati citarasa semua golongan terutamanya orang yang sukakan rasa tradisional, nah!jadikan `PRAMUSAJI' pilihan anda semua. Harga kami tidak membebankan kerana konsep kami adalah mudah dan jangan peningkan kepala, pilih saja menu dan berikan bajet anda, insyaALLAH kami akan memenuhi kehendak anda. Setiap menu yang dipaparkan di dalam blog ini akan ditambah dengan latest menu from time to time, do not worry on your pocket money ya...we will suggest u with your budget. Kami juga akan menghasilkan seni kreatif kami iaitu gubahan hantaran, makeup pengantin, dekorasi meja penganting, dekorasi meja makan vip, photographer, suntingan gambar dan lain-lain yang terbaru.
We are not only focus on the wedding but any event and just name it, we will come and serve for you and make your life easier. we are appreciate if among you all want to be our friend and work with us on their expertise please do come. Enjoy your journey and explore our menu and we will guide to make your event come true.
That for today and thank you very much for all my family member, dan inilah resepi mak kami yang ingin kami ketengahkan untuk dirasai oleh semua golongan diluar sana.
Inila akhiran karier aku mungkinnya, menjalankan bisnes keluarga dan aku sentiasa berdoa dan memohon kepada ALLAH S.W.T agar memberi petunjuk dalam setiap perjalanan kami, dan segala usaha dan rezeki yang kami perolehi diberkati olehNYA AMIN
`OUR PRAMUSAJI CAN BE YOURS WHEN YOU NEED IT'
Tuesday, April 6, 2010
MENU....ermmm sedap tau
PRAMUSAJI IBUNDA
(Rahimios Marketing)
NO 29, JLN SEJAHTERA 1/KU8,
TAMAN MERU JAYA 3,
41050 MERU KLANG
TEL : 012-2958235/013-3935463
Syarikat kami ditubuhkan pada tahun 2008 dan bermula dengan membuat perkhidmatan catering hanya untuk keluarga terdekat dan kawan-kawan yang mengenali sahaja, kini syarikat kami dikendalikan sepenuhnya oleh 100% bumiputra. Syarikat keluarga yang kami kendalikan berkembang dengan sokongan kawan-kawan dan pelanggan tetap kami.
Perkhidmatan ini disediakan atas desakan kawan-kawan dan kepercayaan pelanggan dan atas kepercayaan semua kami mengambil cabaran ini secara serius. Berkat usahasama adik-beradik kami Berjaya membuka khidmat catering ini dengan jayanya.
Perkhidmatan catering ini dipantau oleh ibunda kami Pn Satirah tukang masak yang terkenal dikalangan pelanggan-pelanggan cina kerana kemahiran beliau menyediakan masakan cina. Beliau telah mempunyai kemahiran memasak lebih dari 40 tahun dan kemahiran ini telah diturunkan kepada kami anak-anak beliau.
Syarikat kami menyediakan perkhidmatan catering dengan pelbagai menu resepi ibunda sepanjang zaman dan akan memenuhi kehendak pelanggan setiap masa dengan hidangan serta menu terbaru ciptaan kami sendiri dan dijamin memuaskan. Pelbagai menu dan harga yang berpatutan sedia untuk tempahan. Kami juga bersedia untuk memenuhi permintaan pelanggan samada menyediakan masakan di kediaman pelanggan ataupun makanan dan hidangan yang sedia dimasak, kami akan sentiasa menjamin kualiti makanan yang disediakan.
Perkhidmatan catering kami merangkumi dari penyediaan bahan masakan sehingga selesai majlis. Kami juga memberi kebebasan kepada semua pelanggan untuk mereka memilih menu dan perkhidmatan bagaimana yang diperlukan samaada perkhidmatan untuk memasak di kediaman pelanggan atau penghantaran masakan sedia ada, kami juga akan memberi pendapat dan pandangan diatas pilihan mereka kerana kami menjaga mutu kualiti makanan dan kualiti perkhidmatan kami.
Kami tidak menggunakan khidmat orang luar dalam penyediaan makanan kerana kami tidak mahu kualiti makanan terjejas, dan dengan ini kami sekeluarga bersama menyediakan segala masakan dan penyediaannya bagi menjamin kualiti makanan. Perkhidmatan catering kami telah berupaya untuk berdaya saing dan berkat kesungguhan kami adik beradik dan sokongan yang tidak henti-henti dari pelanggan kami serta kawan-kawan telah memberi kami inspirasi bagi meluaskan perniagaan catering kami.
Pelbagai masakan dari masakan melayu tradisional, masakan cina, masakan india, kuih muih tradisional melayu, satay, BBQ masakan laut telah kami sediakan dan lebih dari 100 jenis masakan telah kami sajikan. Pelanggan kami merangkumi majlis keramaian individu persorangan, VIP, Jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan juga majlis perkahwinan.
Perkhidmatan kami juga merangkumi pelbagai perkhidmatan seperti perkhidmatan datang dan masak (kami hanya datang untuk masak sahaja segala bahan dan segala persiapan disediakan oleh pelanggan), perkhidmatan penanggah, kanopi sahaja dan sebagainya.
PRAMUSAJI IBUNDA
MENU 1 – RM 8.00
Nasi putih/Nasi Minyak
Ayam masak tauchu @ masak pedas
Kari Daging dengan kentang @ rendang daging
Terung goreng berlada
Sayur kobis goreng cendawan
Pedal/hati goreng pedas cili api
Sambal belacan
Ulam-ulaman kampung
Ikan kering
Tembikai/Buah Orange
Minuman
Kordial Pilihan
Asam Limau
Sirap Limau
Bandung
Sirap biasa
Limau
Laici
Sarsi Rootbeer
Sirap Aiscream soda
Sunquick
Air Mineral
MENU 2 – RM 10.00
Nasi pilihan (putih/minyak/Hujan Panas)
Ayam Masak Negro@rendang ayam
Daging masak Palembang (pilihan)
Acar Timun/Nenas
Sayur campur
Sayur Lemak Kobis
Sambal belacan
Ulam-ulaman
Pecal Kampung
Buah-buahan tempatan
Pencuci mulut pilihan
Minuman
Kordial pilihan
Asam Limau
Sirap Limau
Bandung
Sirap biasa
Limau
Laici
Sarsi Rootbeer
Sirap Aiscream soda
Sunquick
Air Mineral
Minuman Panas
Kopi Kampung
Kopi Susu Kambing
Teh
MENU 3 – RM 15.00
Nasi Putih
Nasi Minyak @Hujan Panas@Briani@nasi Tomato
Ayam black paper @ Ayam Masak Merah @ Ayam masak negro@Rendang ayam
Daging Kari @ Daging masak Palembang @ Daging Kurma@Daging masam manis
@Rendang daging
Nenas masak senyum @ pajeri nenas
Kobis masak lemak
Hati/pedal goreng pedas jawa
Sambal goreng jawa
Terung Goreng berlada
Sambal Belacan
Ulam-ulaman
Ikan kering goreng cili
Pecal Kampung
Buah-buahan
Bubur pilihan
Minuman
Kordial pilihan
Asam Limau
Sirap Limau
Bandung
Sirap biasa
Limau
Laici
Sarsi Rootbeer
Sirap Aiscream soda
Sunquick
Air Mineral
Minuman Panas
Kopi Kampung
Kopi Susu Kambing
Teh
MENU PILIHAN:
Set Nasi Lemak
NASI:
Nasi minyak
Nasi Puteh biasa
Nasi Hujan Panas
Nasi Tomato
Nasi Ayam
AYAM:
Ayam Goreng pandan
Ayam goreng bodo
Ayam masak lemak cili api
Ayam Kari Jawa
Ayam Kari Mamak
Ayam Masak Madu
Ayam Masak sunquik
Ayam Black Papper
Ayam Percik pedas
Ayam masak kurma
Ayam masak merah
Rendang Ayam Pencen/Kampung
DAGING: (Lembu/Kambing)
Daging Kari pedas
Daging Masak hitam
Daging Masak Palembang
Daging Masak pedas
Daging goreng jawa
Daging black papper
Daging masak kurma
Daging masak lemak pedas
Daging Rendang
MAKANAN LAUT:
Udang goreng cili
Udang stim halia
Udang tepung
Udang goreng negro
Udang sambal petai
Udang masak lemak tempoyak
Udang Galah goreng berlada
Udang Masak lemak cili api
Sotong Goreng bawang
Sotong sumbat pulut
Sotong goreng tepung
Sotong goreng berlada
Sotong kari pedas
Sotong bakar asam cili
SAYUR:
Kobis masak lemak
Kobis goreng cendawan
Nenas Pajeri kerisik
Nenas Pajeri kosong
Nenas Senyum
Nenas Lemak Ikan kering
Sambal goreng Jawa
Terung goreng berlada
Nangka masak lemak cili api kaki ayam
Fucuk & tauhu kering sambal jawa
Kerabu udang/sotong
Kerabu Kaki Ayam
PENCUCI MULUT:
Bubur kacang hijau + durian
Bubur pulut hitam
Bubur chacha
Bubur sum sum
Pengat Pisang
Pengat keladi
Pengat Nangka
Puding Koktel
Puding Roti
Sago gula Melaka
Pulut Mangga
Tapai Pulut @ Ubi
Muffin
Dadih berperisa pilihan
(Strawberi,Vanilla,Coklat,Durian)
Buah-buahan tempatan
MINUMAN:
Air Kordial
Fresh Fruit
Cendol
ABC (air batu campur)
Air Mineral
LAUK MAKAN BERADAP :
SET A – RM 25/ppax
NASI PILIHAN
DAGING MASAK ITAM
AYAM GOLEK BLACK PAPER
UDANG MASAK CILI
SOTONG SUMBAT PULUT
IKAN MASAK 3 RASA
SAYUR PILIHAN
BUAH-BUAHAN
PENCUCI MULUT (PILIHAN)
AIR FRESH FRUIT
AIR MINERAL
SET B – RM 15/ppax
NASI PILIHAN
AYAM GOLEK PEDAS
DAGING KURMA
UDANG KERABU PEDAS (boleh ditukar kepada sotong jika mahu)
IKAN STIM HALIA
SAYUR PILIHAN
BUAH-BUAHAN
PENCUCI MULUT PILIHAN
AIR KORDIAL PILIHAN
AIR MINERAL
SET C – RM 10/ppax
NASI PILIHAN
AYAM PILIHAN
DAGING PILIHAN
1 MAKANAN LAUT PILIHAN
SAYUR PILIHAN
BUAH-BUAHAN
PENCUCI MULUT PILIHAN
AIR KORDIAL PILIHAN
AIR MINERAL
MENU HI TEA:
(juga terpulang kepada pilihan pelanggan)
MENU A – RM 15/ppax
Mee goreng (pilihan) @ Nasi Goreng Cina
Karipap pusing
Samosa
Cucur badak
Pulut Panggang
Kuih Kasui
Muffin coklat
2 Bubur pilihan
Air Kordial pilihan
Air Mineral
Kopi susu kambing
Teh
MENU B – RM 10/ppax
Behun Singapore (pilihan)
Karipap Tradisional
Popia goreng
Kuih cara pedas
Pulut kepal pedas
Kuih Talam
Bubur pilihan
Air cordial pilihan
Air mineral
MENU HI TEA – PILIHAN
Mee Goreng Mamak
Mee Goreng Hailam
Meehun Singapore
Mee Kari Special Seafood
Mee Kari Biasa
Mee Jawa Ibunda
Meehun Kari Special Seafood
Meehun Kari BIasa
Meehun Goreng Kampung
Kue Teaw Goreng Kerang
Kue Teaw Goreng
Kue Teaw lemak Udang
Laksa Goreng Sosej
Laksa Goreng Biasa
Nasi Goreng Kampung
Nasi Goreng Cina
Nasi Goreng Udang
Nasi Goreng Ibunda
Nasi Goreng Biasa
Nasi Goreng Sosej
SET SATAY – HI TEA PILIHAN
Satay Ayam
Satay Daging
Ketupat/Bawang/Timun
KUIH-MUIH MELAYU
(Tidak dapat disenaraikan terlalu banyak jenis kuih-muih tradisional melayu, pelanggan berhak memilih jenis kuih-muih yang dikehendaki)
PERKHIDMATAN YANG DIBERI:
1. Kami juga memberi Perkhidmatan datang & masak (2 kali masak – ini adalah perkhidmatan hanya datang di rumah pelanggan dan masak segala peralatan dan bahan disediakan oleh pihak pelanggan), kanopi dan penanggah sahaja.
2. Kami juga akan memenuhi segala kehendak pelanggan bagi jenis perkhidmatan yang diperlukan.
3. Tempahan hendaklan dibuat sebulan sebelum majlis berlangsung ini termasuk untuk majlis-majlis hitea, perasmian produk, harijadi dan lain-lain.
4. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan dari semua kawan-kawan, pelanggan kerana ini akan memberikan kami perkhidmatan yang baik dan terkesan bagi menjaga QUALITY perkhidmatan catering kami.
5. Pelanggan kami juga digalakkan untuk membuat pilihan atau mencadangkan menu pilihan keluarga sendiri dengan bajet dan kemampuan pelanggan.
6. Kami juga akan memberi nasihat bagi penyediaan tempat memasak, kanopi dan penyediaan buffet makanan ini adalah untuk memudahkan semua pihak dan memberi keselesaan kepada para tetamu yang hadir dalam majlis tersebut.
`CITARASA ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI’