Wednesday, April 14, 2010

Assalamualaikum semua,
Dalam menjalankan perniagaan catering sendiri ni aku banyak berkorban dalam segala hal dan aku terpaksa menerangkan satu persatu, untuk menjayakan catering dengan jayanya sesuatu perlu diatur dengan baik dari segala sudut dan bukan hanya siap masak dan hidang, tapi dari hari pertama tempahan diikuti dengan pertemuan atau meeting bersama pelanggan, susunatur dan perjalanan majlis dari mula hingga majlis berakhir , ini adalah tanggungjawab aku, sebagai pengerak dalam catering aku dan ini lah yang aku mahu semua paham dimana setiap inci perjalanan majlis adalah tanggungjawab caterrer bukan hanya memasak dan menghidang , dan jika adik-adikku faham ini dan majlis berjalan dengan lancar maka insyaALLAH berjaya la catering  yang kami usahakan  ini.
Untuk menerangkan ini jika sesorang tidak ada pengalaman dalam hal seperti ini memang agak susah tapi aku kene menerangkannya jugakla. Aku amat yakin dengan kerja kuat kami dan keikhlasan dalam menjalankan perniagaan ini, insyaALLAH pramusaji akan dikenali satu hari nanti, ALLAH tidak pernah menganiaya hambanya dan aku harap aku dapat membantu keluargaku dalam keselesaan mereka menjalani kehidupan di muka bumi ALLAH ini. INSYAALLAH
Alhamdulillah akhirnya aku bole membuka dan menjalankan perniagaan ini dan terima kasih kepada semua yang menyokong aku selama ini.
ingatla selalu `Tanpa Petunjuk dari ALLAH manusia akan songsang dan lalai' maka ingatlah ALLAH selalu bersama kita, buatla yang terbaik dalam hidup.


No comments:

Post a Comment