Thursday, January 3, 2013

BAHAGIANYA JIKA ALLAH SENTIASA DIHATI

Assalamualaikum semua, setelah lama menyepi saya kembali untuk mensyukuri nikmatNYA dalam menjalani kehidupan yang amat sukar untuk dilalui, alhamdulillah ALLAH sentiasa memberi jalan untuk kita meneruskan kehidupan dengan kekuatan yang diberi OlehNYA. hampir 2 tahun saya tidak bekerja dan terikat dengan sesiapa tetapi ALLAH telah menjanjikan rezeki untuk setiap hambaNYA jika kita berusaha, saya manjalankan bisness sendiri dengan membantu kawan2, In Shaa ALLAH jika ini adalah perancanganNYA saya menerima dengan redha dan Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang, cukuplah apa yang ALLAH berikan untuk saya dan keluarga saya.

Hidup saya lebih tenang jika dibandingkan 8 tahun yang lepas, alhamdulillah saya belum lagi meninggalkan solat dengan sengaja atau malas.Alhamdulillah ALLAH sentiasa menjaga saya dan saya dapat menjaga solat saya. Tidak dinafikan kadang2 memang terasa malas dan berfikir kenapa hidup saya masih macam ni tetapi saya akan cepat istiqfar memohon keampunan dariNYA.

Sebagai hambaNYA kita hanya perlu mencari keredhaanNYA dan sentiasa beramal dan jangan tinggal solat demi kehidupan kita diakhirat kelak.

sambung kemudian....


Tuesday, February 1, 2011

KETENTUAN ALLAH

Alhamdulillah kerana aku dihidupkan dan diberi udara untuk terus bernafas lagi sampai ari ni...sebagai ibu aku rasa amat kehilangan anak2 ku bile mereka meningkat dewasa, my daughter and my elders son especially...sebenarnya aku x tau apa nk tulis biler terkenang ank2 aku jadi sensitif, sedih, rasa terbuang dan macam tapi ALLAH telah menjanjikan semua ini untuk aku harungi yang aku sendiri tak tau apa hikmah disebalik semua ujian NYA...YA ALLAH setiap solat dan sujud ku padaMU YA ALLAH aku memohon keredhaanMu, rahmatMU,hidayahMU agar aku lebih tenang menjalani perjalanan diduniaMU ini...kasihsayangMU YA ALLAH menjadi aku terus bersujud mensyukuri nikmatMU yang KAU beri padaku YA ALLAH...

INI KETENTUANNYA...AMIN AKU REDHA YA ALLAH....

Dari kecik aku tidak pernah menerima keluarga bahagia sehinggala kini, perceraian membuat aku hilang hak penjagaan tapi aku gagahkan juga mencari damai diantara kehancuran, walaupun aku tidak pernah jumpa kebahagian sebenar sekurang2nya aku masih mampu membahagiakan anak2 ku, atau MUNGKIN juga aku gagal membahagiakan mereka..that y she left me and stay with their own fren....susah ker untuk memahami parents? entahlah bagi aku mak adalah segala-galanya walaupun dari kecik aku tak pasti macam maner rasa mak sayang kat kiter, kerana aku duk ngan nenek, tidak pernah disayangi oleh sape2 pun...nak kata bapak menyayangi aku mmg tidak la, kami adik beradik seingat aku hidup dalam dunia masing2...aku tidak pernah punya barang baru kerana aku tidak punya duit bahkan baju sekolah atau duit belanja jauh sekali...duniaku penuh dgn kesedihan akibat dari perpecahan keluarga dan kesempitan hidup ketika itu.

Kami terpisah oleh kesempitan...ketika itu aku tak pernah amik pusing apa nak jadi pada aku dewasa kelak, aku melangkah kehidupan aku sendiri berbekalkan kekuatan mental alhamdulillah ALLAH sentiasa menjaga aku dari tersesat...aku x pernah ingat bagaimana aku melalui dunia remaja ku ketika itu kerana aku dah padamkan segala ingatan itu...bagi aku ketika itu duniaku gelap tak bermakna langsung untuk menjadi kenangan untuk aku ceritakan pada anak2 aku, tak ada yang bahagian dan gembira. Aku mengharungi kedukaan sendiri sehingga aku melahirkan anak2ku...tidak pernah aku ceritakan pada sesiapa pun....aku tidak pernah rasa bahagia dialam perkahwinan ku tapi demi anak2 aku cari kekuatan didalam tubuh ketiga2 anak2 ku....will continue k....

Wednesday, September 22, 2010

Mencari redha ALLAH

Alhamdulillah aku kembali menulis hari ini, ini la dunia yang ALLAH janjikan untuk berjaya kite kene berusaha dan jangan kenal putus asa demi meneruskan kehidupan kita.  ALLAH tidak pernah menjanjikan sesuatu yang berat kerana DIA MAHA MENGETAHUI apa yang hambaNYA larat untuk menanggung segala dugaanNYA.  Aku selalu juga rasa macam ingin berputus asa tetapi aku kene kembali kepada PENCIPTA ku...YA ALLAH demi anak-anakku yang masih memerlukan aku berila aku kekuatan untuk mencari rezekimu yang halal dan rezeki yang lebih KAU berkati ya ALLAH hanya denganMU la aku bercakap dan meminta kerana hanya KAU YA ALLAH MAHA MEMBERI,MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG, aku telah berusaha demi kesejahteraan seluruh keluargaku kini hanya ENGKAU YA ALLAH yang MAHA MENENTUKAN...
 Alhamdulillah jika ini lah yang ALLAH berikan aku bersyukur kerana tidak pernah membuat kami meminta kepada sesiapa untuk kehidupan kami....YA ALLAH berikan aku kebersihan hati dalam kehidupanku agar aku tidak menyakiti hamba-hambaMU yang lain YAALLAH....dekatkanla aku kepadaMU YA ALLAH selalu dan janganlah KAU biarkan aku jauh dariMU YA ALLAH.  KAUlah tempatku bercakap dan bermohon kerana LAILAHAILALLAH (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH). Tenangkan aku YA ALLAH, berilah aku petunjuk dalam kehidupanku agar aku tidak tersesat dan disesatkan oleh orang-orang munafik dan kafir.  Aku berlindung dibawah lindunganMU YA ALLAH. ku serahkan kehidupanku, matiku, amalanku dan solatku hanya untukMU YAALLAH.

AMIN....

Monday, May 24, 2010

Sedih dan Gembira berlaku serentak......

Assalamualikum semua,
Dah agak lama juga aku x menulis di laman ni, semalam 22 Mei 2010 akhirnya ayahku kembali ke rahmatullah, AL FATIHAH....berita itu aku adik beradik terima ketika kami sedang menyediakan catering majlis perkahwinan anak Tn Haji Majid seramai 7000 orang, tapi demi amanah yang telah diberikan kepada kami aku dan adik ku Lin terpaksa menahan segala kesedihan itu.  Hampir 3 minggu ayahku terlantar di IJN dan koma serta critical...

Mungkin ALLAH telah menjanjikan sesuatu kepada kami adik beradik atas segala dugaan yang kami terima selama ini, ALHAMDULILLAH kerana memberi kan kami kekuatan ini....terlalu sebak untuk aku tulis semua ini tapi itu la kehidupan yang telah ALLAH janjikan...

"HARGAILAH IBU DAN AYAH KITA SEMASA MEREKA MASIH ADA, MEREKA LAH KASIH SAYANG YANG ALLAH JANJIKAN"

Sunday, May 2, 2010

Why I feel not good

Assalamualaikum all my friends,

Im not feel good since yesterday,dont know why, but i think maybe because I'll do my catering at my frenz house then i feel difference kot. Tapi alhamdulilah semua berjalan lancar tapi aku sedikit kesal ada beberapa kesilapan yang tak sepatutnya berlaku telah berlaku dan aku ambil semua ini untuk mamperbaiki segala kekurangan yang ada dan setiap kesilapan akan aku perbaiki dengan bantuan semua. YA ALLAH jika aku tidak nampak kesilapan hambamu ini kau berilah petunjuk agar aku menyedarinya. Malam tadi betul-betul menguji tentang tanggungjawap aku terhadap adik-adikku yang memerlukan bimbinganku dan aku akan bertahan walaupun malam tadi aku memang giveup dan hampir bertekad untuk tidak meneruskan perjuangan catering ku tapi atas dorongan hunnybunny aku dan adikku aslin aku akan pertahankan sehingga kami  mengecapi manisnya.
Ya ALLAH berilah kami ruang untuk terus memajukan perniagaan kami adikberadik dan hanya padaMU lah kami berserah dan jadikanlah kami hamba mu yang sentiasa redha menerima apa jua yang KAU turunkan untuk kami. AMIN
"LEPASKAN SANGKA-SANGKA. TIADA YANG LEBIH BURUK DARIPADA DITIPU FIRASAT SENDIRI

Sunday, April 25, 2010

Work Hard for our new generation

Assalamualaikum dearest friend,


Hah ni namernyer kacang masak pedal&hati pedas, sebenarnya banyak lagi gmbr2 menu tapi disebabkan nak dwonload lembab macam badak laut itu jer la yg dapat dipamerkan setakat ni, sok lusa aku akan letak gambar2 function aku bab web masih in progress, hah itu anak buah aku incharge....Walaupun aku rasa baru lagi tapi sokongan kawan-kawan menyebabkan aku jadi kuat untuk menjalankan bisnes ni, terlebih lagi sokongan dari family aku yang tak henti-henti menyebabkan aku bagitu seronok sekali.  Akulah pembantu tetap mak untuk catering ini, mcm x percaya kan dari seorang pengurus kanan kewangan satu bidang yang jauh berbeza tetiba bukak bisnes catering pulak tapi disebabkan suka memasak akhirnya profesion aku berubah..tapi aku masih aktif dalam jual beli tanah dan hartanah yang lain, kiranya x jugak lah aku tinggalkan semua bidang tu sbb dah macam darah daging la bidang Hartanah ni. 

InsyaALLAH dengan semangat yang ada dan sokongan dari orang-orang tersayang apa yang aku usahakan berjaya seperti yang kami harapkan. INSYAALLAH, ALLAH yang menentukan apa yang kita boleh buat jangan putus asa untuk berusaha.

Thank you for whom seen n visit my blog ya....

"KEGAGALAN AKAN MENAMBAH ILMU UNTUK KITA LEBIH BERJAYA"

Tuesday, April 20, 2010

Still working on new package

Assalamualaikum dearest friend,

Still workout on the new package for wedding and occasion hope can be done soon.  Busy looking with the best price for catering set, vip catering set...feel tired but fun la.  This week busy with food testing for wedding and majlis kenduri for a few friends. 

InsyaALLAH this will success and god knows what i'm doing.

'ALLAH sentiasa mengiringi dan memayungi kita, walaupun kita lalai maka itu ingatlah siapa yang selalu bersama kita...jangan terus lalai dengan kesenangan yang  kita ada...ALLAH maha segala'

call us for new coming  wedding set package catering and any majlis celebrate by you.
Aida Taslim - 012.2958235
Rahimi - 013.3935263